Tuesday, May 5, 2009

Cerita Seram penuh pengajaran!!!

Kejadian ni benar-benar belaku kat kampung aku kat Perak.

Ceritanya bermula apabila ada sorang pakcik(dah tua benor..patut aku pangil atuk lagi baik) kat kampung aku tu meninggal. Dia ni nak cakap kaya tak kaya gak.Tapi hidup senang la. Dia nie sebatang kara. Bini dah lama meninggal...anak lak tak pernah nak jenguk dia..sampai hari meninggal baru la anak lelaki dia balik...sebenarnya dia anak tunggal. kita namakan la dia Lehman(bukan nama sebenar) Tapi tak tau la kenapa tak balik. Dengar cerita dia duk KL jer..bukan nyer jauh KL-Ipoh tu..biarkanlah jangan jaga tepi kain orang mesti ada sebab tu...

tapi yang heran tu masa majlis pengkebumian tu, Lehman nangis punya la kuat..gegar tiang seri dibuatnya. Menyesal la tu...tapi apa nak buat...benda dah berlaku...

Sebulan lepas tu aku dengar Lehman dengan family dia memutuskan nak pindah dari KL ker rumah arwah bapak dia. dia orang nak tinggal kat rumah tu...mengikut cerita member kampung aku, hari pertama pindah dia bawak anak dia jenjalan keliliang rumah. Tetiba anak kepada Lehman jumpa sebiji labu sayung kecik. Sebab nampak baik jer labu sayung tu , anak dia masukkan kedalam poket dia.

Sambil jejalan bersama anak dia menikmati permandangan, TIBA-TIBA anak dia sound, eee...besarnya tasik nie!! Nie bukan tasik nie kolam ikan atuk!!! OOOO...cakap anak dia. (* ...ehhh macam pernah dengar jer ayat nie)

Malam tu lepas makan malam dia suruh anak dia tido awal. Lagi pun ujan dah turun renyai-renyai..bulan lak sedap mengambang. Masa Lehman selimutkan anak dia, anak dia bertanya "kenapa kita duduk kampung atuk yek?" Lehman kelu tak terkata.. Lehman cakap "dulu Ayah tak pernah balik kampung..tak pernah nak jengok atuk..sekarang...."Telefon pun tak pernah???" cakap anak Lehman....terus berlalu lehman tanpa boleh berkata apa2.

Malam tu anak Lehman teringat labu sayung yang dia jumpa tadi..ape lagi bebudak katakan...terus la buka...Tiba2 satu cahaya terang keluar dari labu sayung tu...kalo yang keluar Jin hijau kopi POWER takpe..nie makhluk bebulu lebat macam gorilla. Pe lagi..anak dia menjerit la histeria la...

lehman terdengo jeritan tu terus lari ke bilik anak dia....terkejut lehman tengok di depan anak dia ada makhluk berbulu lebat...makhluk tu memekik.. "aku perlu cari pengganti kepada tuan aku..." selepas tu terus hilang dari pandangan. Anak Lehman terus pengsan.

Seminggu berlalu....Anak Lehman masih di hospital tak sedarkan diri. Doktor tak tau punca apa penyakit dia. Masuk Minggu kedua doktor cadangkan bawak balik ubat cara kampung lak... Kebetulan orang kampung aku nie ada yang terror ngubat penyakit pelik2 nie..

Malam yang di janjikan datang la dukun tu kerumah lehman. Memacam dia bawak peralatah kebomohan dia. Member aku cakap bomoh nie tuntut ilmu dari seberang. Pernah bertapa kat Acheh 5 tahun masa tahun 60-an dulu.

Lepas bomoh tu menilik, sah anak Lehman nie terkena sampuk Hantu Raya. Dia nak cari tuan baru. Bomoh tu cakap dia tau macam mana nak selesaikan masalah nie. Dia start bakar kemeyang hutan dia..terus bermentera dalam loghat pelik..kawan aku cakap tu bahasa orang bunian..dia urut anak lehman dari kepala hingga ke hujung kaki. Yang peliknya masa kat hujung ibu jari tu terkelua macam air warna hitam pekat ..lalu bomoh tu masukkan ke dalam botol kecik...lepas tu anak lehman pun sedar.

Bomoh tu terangkan yang air hitam tu adalah "benda" tu. Biasanya orang buang kat laut. Tapi bomoh tu cakap cara nie berbahaya. Nanti ada orang jumpa kan payah..Bomoh tu cakap bagi dia yang uruskan..

Nak tau apa bomoh tu buat????dia masuk jauh dalam hutan..tak silap aku kaki gunung Korbu kot...dia bawak jagung yang siap dah goreng lepas tu buat lobang dan tanam. Lepas tu bukak penutup botol tu sambil menyumpah makhluk tu..ko jaga jagung ni sampai dia mengeluarkan hasil. Selagi tak tumbuh selagi tu ko tak boleh kembali ke tuan mu....


hehehe...pandai gak dukut tu...sampai bila pun tak akan tumbuh jagung tu.

Nak jadikan cerita lepas 6 bulan anak Lehman buat hal lagi...Lehman terpaksa panggil bomoh tu kembali sebab anak dia dah kena rasuk balik. Lepas bomoh tu selidik rupa2 nya "benda" dulu tu dah balik....terkejut sakan bomoh tu..."benda" tu cakap jagung tuan dia dah tumbuh...ni datang nak bagi tau. bomoh tu tak percaya...dia suruh "benda" tu tunjukkan...

satu kampung aku turun buat rombongan ke kaki gunung korbu..Bomoh tu cakap mesti ada jagung yang tak di goreng betul2..sebab tu la tumbuh... Bila sampai jer kat tempat tu...terbeliak biji mata orang kampung sekali dengan bomoh tu...

LADANG JAGUNG AH SENG....

PENGAJARAN :
1) Balik Kampung jengok mak bapak sekali sekala..mana yang duduk jauh
2) Jangan menipu hantu...terkena kita balik!!!!
3) Bayangkan dalam hutan pun orang sanggup cari duit buat ladang jagung..nie kan kita...hehehehe...lu pikir la sendiri....

FADZLI JAFAR
Ultimate Money Making Website

Friday, May 1, 2009

Pendapatan sampingan - Bahaya yang perlu dinilai

Keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu sekejap naik, sekejup turun menyebab ramai orang terpikir untuk mencari pendapatan sampingan. Kita boleh berjumpa bermacam-macam peluang yang terhidang di depan mata baik iklan di akhbar atau pun di internet.

Bermacam-macam bentuk peluang yang dihidangkan kepada kita. Ada yang perlu menjual barang, mencari ahli baru, menjawap survey di internet, malah membaca e-mail sahaja boleh menjanakan pendapatan sampingan. Pendapatan yang di perolehi bergantung kepada produk yang ditwarkan. Ada yang berbentuk komisyen atau yang menawarkan hadiah yang boleh ditukar kepada wang. Yang paling menarik ada yang hanya goyang kaki di rumah tapi dapat menjana pendapatan berlipat ganda.

Tetapi dengan banyak cerita yang kita baca dan dengar, ramai yang terpedaya dengan skim-skim yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda dari modal yang dikeluarkan. Kenapa ini terjadi? Walaupun hampir saban hari kita dihidangkan dengan berita-berita orang ramai tertipu tatapi masih ramai juga terpedaya.

Memang lumrah manusia, jika ditawarkan keuntungan yang berlipat ganda pasti mata akat tertutup, hati akan membara dengan tawaran yang diberikan. Memandangkan keaadan ekonomi yang sebegini rupa, ramai yang akan memilih jalan singkat untuk mendapatkan wang dan terjun tanpa memikirkan baik buruknya.

Bukan semua yang terpedaya kerana kelemahan menilai baik buruknya, ada juga yang sudah paham dan peka dengan masalah ini. Tapi tetap terjun mencari keuntungan berlipat ganda. Kenapa? Bagi mereka, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Perlu di ingat biasanya segala skim-skim yang menjanjikan keuntungan besar, ahli-ahli peringat atas@ peringkat awal, biasanya akan memperolehi pendapatan. Sama ada berlipat ganda atau pun memperolehi model kembali.

Bagaimana untuk mengelak dari terjebak ke kancah skim-skim sebegini?
1. Pastikan anda tidak terjerumus setelah mendengar taklimat buat kali pertama. Cuba cari maklumat dari kawan-kawan atau di internet.

2. Pastikan bentuk keuntungan yang anda bakal perolehi. Jika berlipat ganda dari modal yang di keluarkan, ada kemungkinan ia berbahaya.

3. Jika memerlukan anda menjual barang dan menjadi ahli, pastikan kemampuan anda. Bukan dari segi kewangan sahaja, tapi dari segi masa dan personaliti anda. Apa guna kalau mengeluarkan modal sehingga beratus-ratus kalo anda tidak menpunyai masa dan skill untuk bercakap dengan orang ramai. Pastikan latihan ada disediakan untuk anda.

Akhir sekali, tepuk dada tanya selera.

FADZLI JAFAR
Ultimate Money Making Website

News for you....

All my article in this blog, you can find at:
http://www.profitstore4you/blog

After 1-may-09 every new article will be post at
http://www.profitstore4you/blog

This blog will be update with Malay language article.
Who are not understand please visit at
http://www.profitstore4you/blog for english articles.

FADZLI JAFAR
Ultimate Money Making Website