Friday, October 31, 2008

Sistem Pelaburan Online/Offline vs Perniagaan Online/Offline

~ Special For Malasian's bloger only ~
Content :Malay Language

Adakah anda tahu perbezaan pelaburan online/offline dengan perniagaan online/offline. Sebenarnya bagi saya adalah dua benda yang terlalu berbeza.

Pendapat saya Pelaburan online/offline ini ada banyak cara. Ada yang melabur di industri kewangan, industri minyak, industri kelapa sawit dan macam-macam lagi. Tapi semua nya berteraskan internet Anda hanya perlu sediakan model dan mengamanahkan modal anda untuk satu syarikat menjanakan keuntungan bagi pihak anda.

Perniagaan Online pula berkisar kepada anda sendiri untuk menjayakan perniagaan anda. Perniagaan seperti Affiliate (mempromosikan produt syarikat atau individu lain dengan menerima komisen),menjual product di E-bay,Menjawap Online Survey, pay-per-click atau pay-per- lead dan lain-lain lagi. Saya akan menerangkan lebih mendalam tengtang pelaburan ini di lain artikel.

TAPI AWAS.
Sesetengah sistem pelaburan dan perniagaan internet ada yang cuba memperdayakan orang yang baru ingin menceburi kedua2 bidang tersebut. Sesetengah pelaburan hanya memerlukan duit anda dan menjanjikan keuntungang yang berlipat ganda tanpa anda perlu bersusah payah. Jangan percaya kepada sistem yang claim sebegini. Anda tidak akan boleh kaya tanpa bersusah payah (mungkin ada yang perlu sedikit effort untuk berjaya...tapi tak banyak dipasaran)..Begitu juga dengan perniaagan online atau offline yang biasa mewujudkan "urgency" kepada pengguna supaya membuat pembelian product mareka. Cuba anda datang sekali lagi di masa hadapan. Kemungkinan anda akan berjumpa kembali offer yang sama!!! benda macam ini biasanya berlaku di perniagaan online . Ambik masa anda untuk study dulu.....dah paham baru membuat sebarang pembelian..

Cuba renungkan kesah dibawah.

Pada 30-Oct-08 lepas saya hendak pergi ke tempat kerja...ada flayer tersangkut kat pagar rumah saya..saya pun terus masuk kerete dan terus ke tempat kerja ...sampai kat tempat kerje terus baca........

Perghhhh....dengan sedikit effort kita boleh buat duit sesenang jer...menarik ni...bayangkan kita boleh dapat duit tanpa menjual...Setiap hari boleh dapat RM10 ~RM500!!!! gilo apa...gaji saya pun tak sampai macam tu sehari.....best ni sudah le tak payah jual apa2...dapat duit lagi ..sudah tu dia "Claim" :
1. bukan skim cepat kaya(tak kaya ker kalo dapat RM500 setiap hari???)...
2. bukan surat berantai(flayer pun bukan surat berantai ker??)..
3. bukan sistem piramid (Anda baca seterusnya..and judge sendiri la lepas tu..)

cara dia senang jer...
1. Pelabuaran serendah RM50.
2. lepas tu masukkan RM10 kat dlm akaun bank nama 4 orang yang ada dlm flayer tu
3. Masukkan RM10 lagi untuk Syarikat yang menguruskan tu...
4. Lepas tu daftarkan nama kita sendiri..
5. Kalau permohonan diluluska...(gerenti lulus punya)...nama kita masuk kat level 1...nama pada level 2,3 akan diturunkankat bawah.Level 4 dikeluarkan..(nie system piramid la kan???)

Yang best nya..kalau kita dapat cari 20 ahli dari setiap level dapat RM1,684,200...JUTAWAN BEB...Syed Mokhtar Al-bukhari pun makan tahun...baru jadi JUTAWAN!!tu pun start bela lembu.... menang nombor pun dah cuba berkurun lamanya baru merasa duit ribu-ribuan..tu pun kawan dan nak "pau" dulu.

TAPI TUNGGU DULU...BACA SITUASI BAWAH NI DULU.

Situation 1
Rakyat Malaysia ada 25,274,132 (perangkaan pada Julai-08)...katakan 10% jer masuk...dan berjaya cari 80 orang( untuk 4 levelx20 orang)...maknanya ada 250,000 orang kat Malaysia yang bertaraf Jutawan!!!bila dah ramai orang kaya...tak ke roti canai nanti harga RM50 sekeping!!!

Situation 2
Andai kata syarikat tu JUJUR...pasti dlm akaun bank dia masuk RM10 dari setiap 250K orang X 80 orang yang diorang cari XRM10...maknanya syarikat tu menjana RM200JUTA!!! ... tak terperanjat Dr. Zetty Aftar...terus hantar orang bank Negara block Account syarikat tu...tak ker kita rugi..ehhh apa nak rugi RM50 jer...tu pun kalau masuk sorang...kalau nak masuk nama ahli keluarga boleh jadi RM200~300 punya.

Situation 3
Tu yang diatas tu jujur punye cerita..kalo tak jujur macam mana???kalau syarikat tu letak "fake" account..semua kaum kerabat dia...dah tentu dia kaya cara menipu orang..tapi flayer tu cakap dia tak tipu...tapi takpe RM50 jer rugi...kalau keluarga beso..sampai abang ipar besan sebalah atuk kat luar negeri pun dia masukan...bak kata Nabil ...lu pikir sendiri la.... berapa banyak rugi...

Situation 4
Kalo ada yang menipu macam mana...dia sendiri yang masukkan nama kaum kerabat dia tapi dia tak daftarkan pun kat compony tu...dia letak 4-4 nombor akaun dia...photostat 500 copy. Cost dia RM15(satu copy 3sen). Lepas tu dia upah ANE hantar surat khabar dan selitkan dalam surat khabar yang dia hantar.. bagi RM50 kat dia. Andai kata 200 orang yang kena tipu..dia dapat RM2000 sesenang..lepas tu tolak modal dia dapat RM1350...duit free beb..Takkan RM1350 Bank negara nak block account bank dia!!! tapi kena ketuk ngan block kayu ada dari orang yang dia tipu...tu pun kalo dia tahu orang yang tipu dia...

Jadi pastikan jika ingin memulakan sesuatu buat kajian jangan guna istilah "You jump, I jump" tu dalam bercinta boleh..dalam pernigaan atau yang melibatkan modal anda DI NASIHATI JANGAN. Sit back relax...monitor the situation first then plan next action.

FADZLI JAFAR
www.profitstore4you.com

p/s: Tiada perjudian dalam membina empayar perniagaan yang ada hanya risiko dan peluang.

No comments:

Post a Comment